Sponsors

Sabtu, 28 Desember 2013

PM Ajak Ramai Ramai Sertai PBM


KUALA LUMPUR – Platform yang disediakan dalam Parlimen Belia Malaysia (PBM) bakal mengetengahkan pendapat anak muda dalam pelbagai aspek pembangunan negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambil mengajak golongan itu menyertai PBM, perdana menteri berkata kerajaan sentiasa menghargai pandangan dan suara generasi muda.

“Sertai Parlimen Belia hari ini,” katanya dalam entri terbaharu beliau di Facebook hari ini.

Pelaksanaan PBM bertujuan untuk melatih dan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda yang berkaliber dan berwibawa sejajar dengan keperluan negara masa kini dan masa hadapan.

Persidangan pertama Parlimen Belia Malaysia dijangka diadakan pada April depan. – BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar