Sponsors

Rabu, 12 Maret 2014

Penyanyi Bee Gees Robin Gibb Meninggal Dunia

Salam semua,


Penyanyi Bee Gees, Robin Gibb Meninggal Dunia

LONDON: Anggota kumpulan Bee Gees, Robin Gibb yang baru sahaja pulih dari koma lebih kurang sebulan yang lalu telah disahkan meninggal dunia pada usia 62 tahun.
Keluarganya mengeluarkan kenyataan ringkas yang Robis menghembuskan nafasnya yang terakhir pada lebih kurang jam 10.46 malam Ahad (waktu London).
Beliau meninggal dunia selepas sekian lama bergelut dengan penyakit barah hati dan kolon.
"Keluarga Robin Gibb, ahli kumpulan Bee Gees mengumumkan dengan rasa begitu sedih bahawa Robin meninggal dunia hari ini (Ahad) selepas bertarung dengan kanser dan beberapa pembedahan.
"Kami memohon supaya tidak diganggu pada saat ini," kata keluarga penyanyi itu dalam satu kenyataan.
Akhbar The Sun UK melaporkan, anak-anak mendiang Robin iaitu Robin-John, Spencer dan Melissa serta isterinya Dwina berada di sisinya ketika dia meninggal dunia di Hospital Chelsea di sini.
Sementara abang sulungnya yang juga anggota terakhir The Bee Gees yang masih hidup, Barry Gibb, 65, yang kini telah kembali di Amerika tetapi sentiasa berada di sisinya ketika dia di dalam koma pertengahan bulan lalu telah dimaklumkan tentang kematian Robin.
Barry, Maurice dan Robin mencipta nama dalam dunia pop dan disko pada 1970-an dan 80-an dengan lagu-lagu popular termasuk "How Deep Is Your Love", "Stayin’ Alive", dan "Night Fever".
Kumpulan tersebut meraih penjualan album sebanyak 200 juta unit di seluruh dunia, meletakkan mereka sebaris dengan The Beatles, Rolling Stones dan Pink Floyd. [Mstar Online]
Read More..

Selasa, 11 Maret 2014

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki

Salam semua,





Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.


Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.



Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?


Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.


Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.


Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.


Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.


Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.


Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.


Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.


Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.


Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.


Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.


Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.


Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.


Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.


Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.


Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.


Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.


Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.


Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.


Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.


Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.


Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.


Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.


Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.


Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah…

Sumber: Tentangcinta.com







Read More..

Senin, 10 Maret 2014

7 Kapal Selam Paling Mematikan Di Dunia

7 kapal selam paling mematikan di dunia - kapal selam merupakan salah satu kendaraan atau alat perang yang diciptakan guna berperang di wilayah perairan. Seperti yang kita ketahui bahwa dua per tiga wilayah bumi adalah perairan sehingga tak dapat dihindari lagi bahwa perang juga terjadi di wilayah perairan.

Selain sebagai alat tempur, kapal selam juga banyak digunakan untuk mengintai wilayah musuh. Berikut adalah 7 kapal selam paling mematikan di dunia dilihat dari kecanggihan dan daya jelajah kapal selam tersebut berdasarkan realitypod.


7. Sierra Class – Soviet Union


Kecepatan mencapai 10 knot dengan spesifikasi senjata tempur SS-N-15 Starfish or SS-N-16 Stallion anti- submarine missiles; SS-N-21 Samson cruise missiles4 x 650-mm and 4 x 533-mm torpedo tubesOR, 42 mines in place of torpedoes.


6. Trafalgar Class – Inggris


Kecepatanya mencapai 30 knot dengan spesifikasi senjata tempur 5 x 21 inch torpedo tubesTomahawk land-attack cruise missilesSpearfish wire-guided heavyweight torpedoes. Harpoon anti surface missiles.


5. Type 093 Shang Class – China


Kecepatanya mencapai 35 knot dengan spesifikasi senjata tempur YJ-82 anti-ship missiles6 x 533-mm torpedo tubes.


4. Astute Class – Inggris


Kecepatanya mencapai 29 knot dengan spesifikasi senjata tempur Tomahawk cruise missiles; Harpoon anti-ship missiles in place of torpedoes6 x 533-mm bow tubes for 36 Spearfish torpedoesOR. Mines in place of torpedoes.


3. Seawolf Class – USA


Kecepatan mencapai 18 knot dengan spesifikasi senjata tempur 8 x 660-mm torpedo tubes for 50 torpedoes or cruise missiles OR Up to 100 mines in place of torpedoes or missiles.


2. Akula II Class – Soviet Union


Kecepatan mencapai 12 knot dengan spesifikasi senjata tempur 4 x 650 mm and 4 x 533-mm torpedo tubes for up to 40 torpedoes or missiles OR Up to 42 mines in place of torpedoes.


1. Virginia Class – USA


Kecepatanya mencapai 25 knot dengan spesifikasi senjata tempur 12 x vertical launch system tubes for UGM-109 Tomahawk missiles4 x 533-mm bow tubes for Mk.48 torpedoes, Smart mines in place of torpedoes.


Demikianlah informasi unik seputar 7 kapal selam paling mematikan di dunia. Semoga saja kapal selam tersebut digunakan untuk menjaga keamanan negara, bukan untuk menghancurkan negara lainnya ya.. Semoga bermanfaat.
4.5
Read More..

Minggu, 09 Maret 2014

Perodua Jaguh Model Sedan Bakal Dilancarkan

Perodua-Jaguh-610x455

Terkejut kami melihat gambar model sedan Perodua yang diberi nama Jaguh ini. Mana tidaknya, setakat ini, tidak pernah terdengar ura-ura mengenai pengeluaran model yang pastinya bakal memberi saingan sengit kepada model-model seperti Saga dan Almera.
Sekali pandang, memang nampak seperti realiti pengeluaran model Perodua Jaguh ini. Malah banyak laman web dan penerbitan tempatan dan antarabangsa mengakui bahawa gambar di atas adalah asli. Secara jujur, rekabentuk Perodua Jaguh memang mampu memberikan saingan sengit sekiranya memang ia benar-benar akan tiba di pasaran tidak lama lagi.
Apakah pendapat anda? Adakah Perodua Jaguh ini memang realiti? Atau sekadar mimpi dan mainan sesetengah orang? – www.arenakereta.com
Read More..

Sabtu, 08 Maret 2014

Mahkamah tolak permohonan Anwar

Jumaat, 18 Januari 2013

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengetepikan dua daripada tiga pertuduhan yang dihadapinya di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 berhubung perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April tahun lepas.

Permohonan Ketua Pembangkang itu ditolak selepas Hakim Kamardin Hashim memutuskan bahawa Seksyen 4(1)(c) dan 4(2)(c) akta berkenaan tidak melanggar mahupun bercanggah dengan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.
 
Oleh itu, katanya, seksyen-seksyen tersebut bukan batal dan tidak sah seperti yang dihujah oleh pemohon (Anwar).

"Mahkamah ini mengambil pengiktirafan kehakiman bahawa dengan mempunyai atau membenarkan protes jalanan, ia akan melanggar hak-hak dan kebebasan orang lain di bawah Seksyen 3 akta itu, yang termasuk hak kepada kebebasan bergerak dan hak untuk menjalankan urusan perniagaan," katanya.

Kamardin berkata mahkamah melihat larangan yang dikenakan oleh Parlimen adalah munasabah memandangkan ia adalah untuk melindungi kepentingan keselamatan negara dan mengekalkan ketenteraman awam.

Beliau menegaskan Parlimen dalam menggubal peruntukan yang dipersoalkan iaitu mengharamkan protes jalanan adalah dalam lingkungan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Fasal 2(b) Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Kamardin berkata larangan protes jalanan sebagai satu bentuk perhimpunan aman tanpa senjata adalah wajar dalam sesebuah masyarakat demokratik bagi perlindungan moral, hak-hak dan kebebasan orang lain.

"Malah pengalaman sivik telah menunjukkan bahawa hak-hak tidak boleh mutlak kerana ia perlu mengimbangi antara satu sama lain. Proses pengimbangan terhadap satu sama lain melibatkan keperluan, meletakkan had kepada sejauh mana hak-hak ini dinikmati," tegas beliau.

Pada 28 Mei tahun lepas, Anwar telah memfailkan permohonan itu bagi merujuk persoalan perundangan berhubung satu daripada tiga perutuduhan berkaitan perhimpunan Bersih 3.0 terhadapnya.

Pada 22 Mei tahun lepas, Anwar, 64, dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, 48, serta Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin, 34, didakwa di Mahkamah Sesyen kerana menyertai protes jalanan yang menimbulkan kekecohan di ibu negara.

Ketiga-tiga pemimpin PKR itu merupakan kumpulan individu pertama didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang memperuntukkan denda maksimum RM10,000, jika sabit kesalahan.

Mereka juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kedua iaitu bersubahat menghasut Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan Ibrahim untuk membuka halangan besi di Jalan Raja di sini pada hari sama.

Pada 2 Julai, tahun lepas, ketiga-tiga mereka didakwa dengan pertuduhan ketiga iaitu bersubahat dengan Tangam, Rajesh dan Farhan dan lima penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengingkari perintah Mahkamah Majistret yang dikeluarkan pada 26 April 2012 yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka antara 28 April dan 1 Mei tahun lepas.

Peguam Anwar, Karpal Singh memberitahu pemberita kemudian bahawa beliau akan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu pada Isnin ini dan juga penggantungan permohonan untuk semua prosiding di Mahkamah Seksyen sementara menunggu keputusan rayuan.

Semasa prosiding hari ini, pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Wahab Mohamad.

-Bernama

sumber sini
Read More..

Jumat, 07 Maret 2014

PREDIKSI LILLE VS BAYERN MUNCHEN LIGA CHAMPION 24 OKTOBER 2012

PREDIKSI BOLA - Prediksi Skor Lille vs Bayern Munchen. Tips Lille vs Bayern Munchen. Jadwal Lille vs Bayern Munchen. Lille akan menjamu tim raksasa Jerman, Bayern Munchen di Stadion Metropole, selasa malam waktu setempat.

Lille berada di dasar klasemen dengan Grup F Liga Champions dengan belum memiliki poin dari 2 tinjauan pertandingan awal kompetisi. Mereka juga mengalami penurunan performa dengan meraih 3 kemenangan dari 13 pertandingan di semua kompetisi pada awal musim ini. Di liga lokal Perancis, kinerja mereka juga cukup lambat dengan menorehkan 2 kemenangan dan 5 tinjauan seri dari 9 pertandingan awal liga untuk menempatkan mereka berada di peringkat ke-11 dengan raihan 11 poin tertinggal 8 poin dari pimpinan klasemen sementara Ligue 1, PSG.

Kualitas kandang Lille pada musim ini juga cukup memprihatinkan dengan hanya meraih 1 kemenangan dari 4 pertandingan liga, sementara di kancah Eropa mereka telah menerima kekalahan kandang perdana musim ini dari BATE Borisov dan berkaca pada musim lalu di Liga Champions, kualitas kandang Lille juga tampil buruk dengan meraih 2 tinjauan seri dan 1 kekalahan.

Bolagoalnet merekomendasikan Betwin188 sebagai AGEN BOLA terpercaya.

Bayern Munchen berada di pos ketiga dan tertinggal 3 poin dari pemimpin sementara Grup, BATE Borisov di Liga Champions. Munchen merupakan tim yang memiliki banyak jam terbang di kompetisi Eropa walau mereka mendapat kejutan dari tim BATE Borisov di pertandingan kedua Liga Champions musim ini. Namun mereka datang ke Perancis dengan pencapaian yang sensasional setelah membungkam tuan rumah Fortuna Düsseldorf dengan skor telak 5-0. Hasil ini juga tetap mempertahankan posisi mereka di puncak klasemen dengan meninggalkan 5 poin tim yang berada di posisi runner up, Eintracht Frankfurt.

Head to head Lille vs Bayern Munchen:
belum ada data pertandingan

Lima pertandingan terakhir Lille:
20 Okt 2012 (PL1) Girondins de Bordeaux 1 - 1 Lille OSC
07 Okt 2012 (PL1) Lille OSC 2 - 0 AC Ajaccio
03 Okt 2012 (PLC) Valencia 2 - 0 Lille OSC
29 Sep 2012 (PL1) Stade Rennais FC 2 - 0 Lille OSC
24 Sep 2012 (PL1) Lille OSC 1 - 1 Olympique Lyonnais

Lima pertandingan terakhir Bayern Munchen:
20 Okt 2012 (PLJ) Fortuna Düsseldorf 0 - 5 Bayern München
06 Okt 2012 (PLJ) Bayern München 2 - 0 TSG 1899 Hoffenheim
03 Okt 2012 (PLC) FC BATE Borisov 3 - 1 Bayern München
29 Sep 2012 (PLJ) Werder Bremen 0 - 2 Bayern München
26 Sep 2012 (PLJ) Bayern München 3 - 0 VfL Wolfsburg

Prediksi susunan pemain Lille vs Bayern Munchen:

Lille (4-2-3-1): Landreau – Beria, Basa, Chedjou, Digne – Pedretti, Balmont – Kalou, Martin, Payet – Roux.

Munich (4-2-3-1): Neuer – Lahm, Boateng, Badstuber, Alaba – Martinez, Schweinsteiger – Muller, Kroos, Ribery – Mandzukic.

Prediksi skor Lille vs Bayern Munchen by Bolagoalnet: Bayern Munchen kemungkinan menang melawan Lille dengan skor ... Lille 1 - 3 Bayern Munchen.
Read More..

Kamis, 06 Maret 2014

VIDEO Kisah Di Sebalik Pertemuan Sulit Siti Aishah Dan Kakaknya Di London Kelmarin


BERIKUT adalah video temubual dengan kakak Siti Aishah, Kamar Makhtum mengenai apa yang berlaku dalam pertemuan mereka di satu lokasi rahsia di London kelmarin. Hanya kakaknya saja dibenarkan bertemu Siti Aishah dalam perjumpaan yang diaturkan khas oleh polis itu.

Read More..